Sunday, July 29, 2007

Kerjaaaa....and kerjaaaa....






~this picture show me "am too tired..need rest..." hehehe...






Alahai....masih sempat jua aku nak tulis blog yeeee...:)

sebenarnya...sebenarnya this 2 days I terpaksa(terpaksa ok) kerja, sebab company kami attend event anjuran karnival PUSTAKA negeri Swk. Fuhhh...what the havoc lahhh...last minute confirmation lagi tuhh. Nasib tak banyak sangat perlu prepare, I cuma kena jaga booth.
I yang sememangnya tak biasa kerja saturday and sunday(ece ece..manja sgt)....this 2 days boleh jadi blur betul sebab terpaksa kerja, yealah ussualy my during weekend I duk kat rumah aje manjang.....doing cleaning, cooking, gardening & spend time wif my doter...bawa dia pegi playground bagai....but yesterday n today, terpaksa lupakan. kalau asyik ingat I pula tension. Lucky today, my hubby ada wif her.

I am not marah or geram..tak kuasa dah, but am tooo tired. Banyak sangat activities here & there till I dah tak larat..today ingat nak minta excuse pulang awal lah...see lah first if our booth "kurang peminat" maybe can, kalau sebaliknya..terpaksa lah di lupakan.

Nothing much, just sad a bit...coz am expecting am pregnant for 2nd one...but today period lah pulak....huhhhh hampa lah sikit. Its ok...next time cuba lagi..insyallah ada rezeki!

till then....bye.

Wednesday, July 25, 2007

Geram....!



Setelah dua hari peristiwa itu berlaku, aku masih berasa geram....geram sangat.
Semuanya kerana simpati aku pada seorang kawan yang mengajak aku menemani dia ke suatu tempat utk lunch(dia kerja office lain tapi dlm kawasan yg sama). Pada mulanya aku menolak secara baik dengan mengata aku busy, lepas tu masa aku nak keluar tapau makanan dia dah call2 aku lagi merayu minta aku ikut sama. So aku yang kebetulan masa tu dah turun tangga office terserempak dengan dia, terus sahaja aku bersetuju dengan syarat balik cepat.
Kemudian setelah sampai di tempat tersebut, dia kata ada kawan dia menunggu kat situ dan nak lunch sama. Dalam hati aku dah terdetik perasan kurang senang, tadi beriya ajak kita sekarang dah ada kawan pula. Tapi aku diamkan saja, buat se'cool' yang boleh sambil senyum2 dgn kawan dia tu.
Dia dah bertemu kawan dia borak2 lah sambil jalan2 cari kedai makan, jalan punyalah jauh dan dah banyak kedai makan terlepas masih tak juga berhenti. Aku yang kehairanan terus bertanya, "nak kemana lagi nih?"..Dia jawab tuhh kedai depan tu, dari pengamatan aku..ehh itu food court cina...banyak stall makan non halal. Aku terhenti...dia tarik aku masuk juga. Aku yang masa tu memang bodoh ikut saja, konon nak hormat kawan bagi muka lah kan. Aku bisik kat dia, tak de makanan halal di sini..(lupa nak cakap kawan aku nih bukan muslim, sama dgn geng dia satu lagi tu). Dia pula buat2 tak dengar or buat2 tak tau atau apa ke...selamba aja duduk dan order minuman, aku duduk juga lah ingat dia hanya minum saja dan tak makan. Dia dgn kawan dia rancak berborak dlm bahasa dia orang, pastu pergi order makanan...kemudian dia balik ke meja dan melihat muka aku yang dah kelat baru dia tersentap....minta maaf banyak2...dia kata dia lupa aku muslim...cissss tak guna punya kawan. Dalam hati aku dah menyumpah2, sempat aku kata...."alaaaahh tak pe makan aje kau, aku tak lapar....". Sebaik sahaja order makanan dia orang sampai yang sememangnya tak halal punya...aku cabut sambil cakap nak pergi shoping mall kejap, nanti kalau nak balik call aku. Dia dengan muka bersalahnya menahan aku, minta maaf bagai....aku yang sudak lama panas menolak sambil tersenyum pahit...."tak kan aku nak duduk tengok kau makan b*b*?..." So akupun segera berlalu saja dengan hati yang membara. Tak lama lepas tu dia call cari aku, eheh cepat betul dia makan?..agak nya dia rasa bersalah kot....Dia dtg jumpa aku offer nak tapau makanan utk aku bawa balik office...ahhh aku dah malas nak layan. Aku cakap tak pe, aku dah kenyang. haaaa...tu dia terkedu muka dia.
Aku cakap balik, "aku temankan kau sebab aku kesian kau merayu2, aku bagi muka sebab kau sampai call aku berkali2 minta ikut sama..walau aku tak kenal kau lama tapi aku temankan jua sebab kesian. Kalau orang hormat ngan aku..aku akan hormat orang 1000X lebih baik tau!....".
Terus dia terdiam, pucat muka dah..minta maaf lagi. I said...enough! I want go back to office right now!..Dia menonong aje ikut aku..nasib tambang teksi dia yang bayarkan pergi balik. hissshhhh geram betul!...
Untuk pengetahuan semua, aku dayak bidayuh masuk Islam masa aku study....beberapa tahun kemudian baru aku kahwin dengan hubby aku yang mana cina muslim juga(family masuk Islam). Selama tujuh tahun aku memeluk agama Islam, aku sentiasa menjaga sembahyang, perlakuan aku dan menitik beratkan soal makanan. Ramai rakan2 aku atau saudara mara yang faham akan keadaan aku, kalau nak ajak outing for lunch akan mengajak aku makan di kedai muslim atau kalau ajak ke rumah pun mereka dah siap order catering lagi atau paling kurang beli makanan halal. Tak pernah aku di layan kawan2 seperti ini, kalau ada pun orang yang bersuara sumbang tu akan kena balik oleh aku, aku tak melaser derang, tapi aku jawab secara halus tapi tajam maksudnya. Itu sebab aku kata, kalau orang hormat aku akan hormat balik orang tu 1000x....jangan sesekali cuba memandang rendah atau memperlekehkan orang. Walaupun aku nih tak sealim wanita Islam lain, tapi aku tetap jaga sembahyang aku, penampilan aku, pergaulan aku sebagai orang Islam.
Setelah dua hari berlalu, aku yang sememang nya ala-ala cool nihh...buat biasa aja masa dia berborak ngan aku. Sebab kami tumpang van yang sama utk pergi dan balik kerja. Aku harap dia sedar akan diri dia dan belajar hormati orang....nampak sangat dia nak cover balik salah dia. Aku cakap relax lah...next time don't do it again!

Wednesday, July 18, 2007

My first time....

Asalammualaikum.....
Hi there!

This is my first time writing on my own blog. Perasaan I?
Yeap....memang a bit nervous and sangat2 excited.
Tak tahu dah macam mana nak terangkan or luahkan dgn kata2...cuma boleh digambarkan melalui gambar pelangi di sebelah ni...hehehe!

Today nothing much happen, just an ordinary day with my office stuff and etc. Mengantuk a bit, coz last night I am having flu and mild fever...susah sangat nak lelap cepat. Duduk depan tv then ambil ubat baru boleh tidur dengan aman. Resultnya..this morning susah betul nak bangun. Kepala berat...tapi malas nak ambil MC dulu..sayang pula!

Breakfast with my new friend yg baru start kerja this week, tapi office lain lah. Minum tea O saja coz kalau I ambil coffee sure kepala sakit lagi...tak selera nak makan berat this morning. Lagipun ada bawa bekal ke office, so boleh makan kat pantry nanti without susah2 turun nak pergi kedai makan, berpanas2 apa semua...hehehe...I memang selalu bawa bekal since I am starting working in year 2003 till now. Bertukar2 tempat kerja selalu, tapi still bawa bekal. Because for me....I insist too...puas hati makan masakan sendiri and kebersihan terjamin. Lagipun for me, ianya jimat sikit berbanding dengan makan kat kedai, my hubby bawa bekal too...so malam masak lauk lebih or masak pelbagai jenis lauk untuk bekal esok hari nya. Kos sama?...tak lah. Bagi saya, masa kita keluar belanja beli brg basah tu lagi murah coz kita boleh masak beberapa kali sejenis bahan itu kan. Tapi kalau kita beli lauk tunjuk kat kedai...seketul ayam dah berapa kan?..hahahaha....so terpulang pada penilaian masing2. Itu adalah cara I.
Walaubagaimana pun..kalau datang angin ribut MALAS, haaa sure lunch or dinner luar ajelah. Tapi tak lah selalu, tekak I tak boleh terima masakan luar tu kerap sangat, cepat muak tau. Suka masakan yang simple atau rebus2, ada sambal belacan pedas..fuhhh tu baru selera nak makan:)hehehhee...panjang nya merapu:P

Okeylah..masa nak buat kerja dah ni. Badan memang rasa tak sedap...kepala ni berat semacam..harus ku tanggung jua. Tak pe lah...kerja tetap kerja kan. Till then...see yahh!

Wasalam.....