Thursday, May 31, 2012

SelAmaT hArI GaWai & sElAmaT bErCuTi....

Salam....

....dan dan jer tajuk selamat bercuti kan?...sedangkan sudah sekian lama blog ni tak di update...hehehe...mohon maaf sekiranya ada yang ternanti2 update terkini dari sy...ceeee....konon nye la kalau ada...kalau takde pun ngak apa2. Coz sy menulis pun bukan kerana nama...ehhh bukan nak glamor ok, sekadar pengisian tentang kehidupan seharian saya, anak2, keluarga, workout regime on so on....

Dari awal Mei saya adalah sangat busy dengan tugasan harian dan di rumah, macam2 program kena handle..semua kena full concentrate & need fully commitment. So, sy kena hold dulu benda2 mcm berblogging and so on, cuma dpt masuk fb kejap2. Oleh kerana terlampau busy, saya cuba pastikan untuk buat workout at least 3-4 kali seminggu...mostly buat HIIT, TABATA with kettlebell or bodyweight. Seriously said yaaaa...this type of workout really good & suitable for busy mom like me, tak percaya sila cuba sendiri. Tak perlu buang masa, workout efficient gitewww...plus KB training lagi, fuhhh...totally smoked!... Cuma sekali-sekala I akan spent time jogging kat park with hubby sambil dating kannnn....hehehe...sambil cuci mata...oppsss!


Saya sudah banyak kali mencuba utk bangun awal pagi nak buat workout, tetapi selalu fail coz my baby setiap kali alarm berbunyi dia akan terbangun dan nak menyusu....dan bukan nak sekejap ye, paling kurang 20 minit gak. Haishhh...pulak tu kalau nak workout tak boleh bising sangat coz bilik tidur terletak dekat sangat dengan dinning hall, tempat utk workout tadi. Kalau dulu-dulu dapat gak workout kat depan tv di ruang tamu, sekarang jadi tempat tidur my helper & my daughter dh. Kami sedang dalam proses nak renovate rumah, buat masa ni tengah tunggu orang potong kayu kat hutan tebal nun...untuk buat rumah, nanti2 kalau dah mula buat or apa2 update saya akan share kat sini. Actually am so excited & tak sabar nak renovate rumah, tambah2 lagi nak tambah bilik tidur dan sebagainya. Berbalik kepada topik awal tadi, rancangan utk saya workout dipagi hari selalu terbantut, so saya kena buat sebelah petang lepas balik kerja.


Minggu ni lepas je habis program besar jabatan kami Isnin lepas, terus jerrr batuk ni makin menjadi...mmg dh lama sakit tekak...cuba minum air dan madu coz nak elak makan ubat batuk. Tapi kali ni mcm lambat sikit nak sembuh, skrg masih batuk-batuk dan tak selesa nak buat buat lompat2 or main kettlebell...tak syok ahhh...cepat mengah dan sesak nafas. Nampak gayanya kena hold lagi sekali laaaa...hari ini last day at work, esok cuti gawai sampai Isnin depan....yeayyy:)


I am Bidayuh & Sarawakian....so quite excited nak sambut perayaan tradisi iaitu Hari Gawai Dayak...hehehe...hopefully all goes smoothly tomorrow. Walaupun I sambut hanya menumpang sebelah kaki jer, coz all preparation my mom, dad, sister & bro yg buat...tetapi kemeriahan tetap terasa!...Nanti2 I akan update yeeee...Insya Allah:)


Dengan kesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Hari Gawai Dayak 2012 kepada semua orang Sarawak yang menyambutnya & Selamat Bercuti kepada kawan-kawan sekalian...please be moderate in everything...peace yeahhh:)





No comments: