Thursday, December 10, 2009

cerita perihal diet:)

salam....

today i would like to talk about my diet journey....cecece...mcm esay jak bunyi:p...abaikan lah bhs saya yg lintang pukang itew...hehehe...actually I saja nak kasi up mood nak diet nihhh.
Before tis I mmg join group diet secara sihat dlm forum CARI, tetapi secara silent reader shj:P...
I hanya contact few persons dlm forum to get some info's, tips, advises, opinions & kata-kata semangat from sifu-sifu tersebut. At first mmg sangat mengujakan, meletihkan, menyeronokan dan mengakibatkan transformasi telah berlaku ke atas diri saya ini. Memang lah result nya biasa2 shj & nothing too special to reveal here..coz I only manage to lose about 7kg in between 9 to 10 months.

But I would like to share my precious experience during on diet in healthy style. I saja nak ceritakan dari awal supaya terang dan jelas menerangkan maksud yang saya nak sampaikan ini, kalau tiada orang nak jadikan motivator pun tak apa, I do this for myself and for my own review. Before married, berat badan I memang berada dlm tahap ideal, 45 - 48kg with 150cm. Ini adalah kerana sejak kecil I memang anak yang comel, tidak lah terlalu chubby tetapi badan memang sedap lah kata org dan sekarang ini diwarisi oleh anak perempuan ku..hehehe..mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan?...hmmm..masa di alam sekolah rendah mmg selalu kena ejek oleh kawan2 & cousin2, montel lah, gumuk lah dan macam2 label yang menyakitkan hati sangat.

Kemudian pabila berada dlm darjah 6, I mulai aktif sukan, pengakap dan kelab kebudayaan. Jadi aktiviti semakin banyak dan aktif lah, banyak bergerak dan dah pandai nak control2 makan tetapi secara tidak sihat lah. Hampir setiap hari I tak ambil breakkfast dan makan tengahari, just makan dinner...umur msh muda, tu la pasal tenaga msh banyak..tak da rasa lemah2 pun. Jawabnya berat pun turun lah mendadak dan ramai yang tegur dah kurus, saya pun bangga dan tak sedar diri lah masa tu. Kemudian masa masuk sekolah menengah, aktiviti tidak sihat ini pun diteruskan....always skip meals, makan benda tak sihat mcm keropok, maggie mee & etc...cuma satu je kebaikan saya ialah suka minum ari suam coz tak bley minum air sejuk or berais sgt, pesakit asma kata kan:p....berat mmg maintain lah below 49kg. Since parents & siblings pun tak pernah tegur sgt pasal benda ni, jadi saya drag aktiviti tidak sihat ini sampai habis form 5...fuhhh...cukup panjang tempoh saya menjahanamkan kesihatan saya sendiri tanpa kesedaran sivik lansung. Penyesalan?...huhuhu...dtg kemudian je...

Masa dah masuk alam kolej pun masih terbawa2, tetapi ada kesedaran kian tersebar dalam diri coz dah semakin banyak membaca dan bergaul dengan rakan-rakan dari pelbagai tempat dan masing2 mempunyai pendapat sendiri. Dari situ lah saya mulai mengkaji mana baik dan buruk, dah mula membaca buku2 dan majalah berkenaan dengan kesihatan. Saya dah mula ambil breakfast, lunch dan dinner mengikut masa, trying avoid junk food and so on. Masa tengah study ni pelbagai masalah dtg, emosi tidak menentu dan pemilihan makanan pun ala-ala anak raja kan?....so badan mulai sihat sedikit demi sedikit...naik sampai 50 -51 kg. Ramai juga yang tegur, but I just ignore them as I need to focus on my study right. Zaman ini lah juga sudah pandai main chenta....cun2 habis belajar I pun kawen:))

Dah melayari bahtera rumahtangga yang bahagia, tentu lah mood pun sentiasa bagus...terutama sekali dlm bab makan. Hubby I pulak pemurah orangnya...minta je nak makan apa2..sure kena beli punya. Malam hari pulak...selalu tidur lewat, hubby suka sangat buat @ masakkan makanan, cth; maggie, mee goreng, nasi goreng, fries or nugget...saya sedia menghadap sahaja. Bertuah punya bini kan:)....u all tau2 je lah apa jadi pada saya hasil di baja dengan penuh kasih sayang. haaa...mengembang lah, semua2 part..dari atas sampai ke bawah. Berat semakin naik sampai semua pakaian tak muat, kena beli baru. Berat masa tu lebih kurang 52-54kg okay....hishhh....mengerikan betul.

Dah kawen, tentulah pregnant kan?...Masa akhir2 pregnancy berat dah sampai 65kg, kemudian lepas bersalin dan diet sikit2....turun lah balik sampai 55 -54 kg je. Maintain sampai term nak conveive 2nd baby..naik sampai 58 kg, tetapi masa itew lah I terpregnant semula...hehehe..hal diet dilupakan buat sementara waktu:p. tup-tup....before due berat jadi 72 kg...huumaiiihhh...!!!

baik nasib terberanak awal 3 minggu....kalau tak mau jadi 75 -76 kg...hishhh.
Lepas 2 minggu dlm confiment, berat turun ke 61 kg...habis confiment turun cuma 60kg. Masuk kerja balik, kerja mmg busy tapi almaklum kerja tempat sedap..selalu ada makan free, senang nak cari makanan yang diinginkan dan serta merta lah menjadi makanan favourite ok. Jawapan nya sudah tentulah berat I pun sedap je naik semula...duhhh....sampai 64 kg!!!!!...

Mulai saat itu, saya mulai berazam dan pasang niat untuk menguruskan badan. Saat itu mula lah mencari jalan pintas dengan membeli jamu kurus, teh kurus, supplement kurus dan macam2 benda yang menguruskan. Akan tetapi apa yang saya dapat?....buang air tak tentu masa..kerap sangat pulak dengan ditambahkan lagi saat2 perut I sakit dan memulas2...aduhhhhh..sakit & ngeri rasa nya...sampai skrg tak boleh nak lupa...huhhh!...Kemudian mula lah saya menjinak2 kan diri dalam forum cari yang sah2 membekalkan informasi yang sangat berguna:)

Maka bermula lah episod hidup saya dalam diet yang sihat dan cergas. Awal Januari 2009 saya dah start join tis healthy diet plus aktiviti senaman yang selama ini sekian lama saya tinggal kan. Fuhh..mula2 nak sesuaikan diri mmg sakitttt...tapi saya tanamkan azam dalam diri ;
"saya buat ini untuk diri saya sendiri, bukan untuk orang lain"
I still remember this precious word was told by kak sha masa dia advised me pasal diet sebenar:)...hehehe..thanks sis.

Lepas ini saya akan cerita pula about my daily routine yang membuat kan saya dapat lost 7 kg bersamaan berat saya skrg ialah 57 kg...:) walaupun sangat lmbt tetapi berbaloi-baloi.
tat angka 57 kg mmg dah sangat lama tak berganjak coz saya sangat busy dan stress lately...selalu escape workout and makan sebarangan:p....dah back to track tis week, tapi mcm baru nak mula..coz semangat yang hilang...hehehe...

thats all for now...enjoy:))


No comments: