Wednesday, July 25, 2007

Geram....!



Setelah dua hari peristiwa itu berlaku, aku masih berasa geram....geram sangat.
Semuanya kerana simpati aku pada seorang kawan yang mengajak aku menemani dia ke suatu tempat utk lunch(dia kerja office lain tapi dlm kawasan yg sama). Pada mulanya aku menolak secara baik dengan mengata aku busy, lepas tu masa aku nak keluar tapau makanan dia dah call2 aku lagi merayu minta aku ikut sama. So aku yang kebetulan masa tu dah turun tangga office terserempak dengan dia, terus sahaja aku bersetuju dengan syarat balik cepat.
Kemudian setelah sampai di tempat tersebut, dia kata ada kawan dia menunggu kat situ dan nak lunch sama. Dalam hati aku dah terdetik perasan kurang senang, tadi beriya ajak kita sekarang dah ada kawan pula. Tapi aku diamkan saja, buat se'cool' yang boleh sambil senyum2 dgn kawan dia tu.
Dia dah bertemu kawan dia borak2 lah sambil jalan2 cari kedai makan, jalan punyalah jauh dan dah banyak kedai makan terlepas masih tak juga berhenti. Aku yang kehairanan terus bertanya, "nak kemana lagi nih?"..Dia jawab tuhh kedai depan tu, dari pengamatan aku..ehh itu food court cina...banyak stall makan non halal. Aku terhenti...dia tarik aku masuk juga. Aku yang masa tu memang bodoh ikut saja, konon nak hormat kawan bagi muka lah kan. Aku bisik kat dia, tak de makanan halal di sini..(lupa nak cakap kawan aku nih bukan muslim, sama dgn geng dia satu lagi tu). Dia pula buat2 tak dengar or buat2 tak tau atau apa ke...selamba aja duduk dan order minuman, aku duduk juga lah ingat dia hanya minum saja dan tak makan. Dia dgn kawan dia rancak berborak dlm bahasa dia orang, pastu pergi order makanan...kemudian dia balik ke meja dan melihat muka aku yang dah kelat baru dia tersentap....minta maaf banyak2...dia kata dia lupa aku muslim...cissss tak guna punya kawan. Dalam hati aku dah menyumpah2, sempat aku kata...."alaaaahh tak pe makan aje kau, aku tak lapar....". Sebaik sahaja order makanan dia orang sampai yang sememangnya tak halal punya...aku cabut sambil cakap nak pergi shoping mall kejap, nanti kalau nak balik call aku. Dia dengan muka bersalahnya menahan aku, minta maaf bagai....aku yang sudak lama panas menolak sambil tersenyum pahit...."tak kan aku nak duduk tengok kau makan b*b*?..." So akupun segera berlalu saja dengan hati yang membara. Tak lama lepas tu dia call cari aku, eheh cepat betul dia makan?..agak nya dia rasa bersalah kot....Dia dtg jumpa aku offer nak tapau makanan utk aku bawa balik office...ahhh aku dah malas nak layan. Aku cakap tak pe, aku dah kenyang. haaaa...tu dia terkedu muka dia.
Aku cakap balik, "aku temankan kau sebab aku kesian kau merayu2, aku bagi muka sebab kau sampai call aku berkali2 minta ikut sama..walau aku tak kenal kau lama tapi aku temankan jua sebab kesian. Kalau orang hormat ngan aku..aku akan hormat orang 1000X lebih baik tau!....".
Terus dia terdiam, pucat muka dah..minta maaf lagi. I said...enough! I want go back to office right now!..Dia menonong aje ikut aku..nasib tambang teksi dia yang bayarkan pergi balik. hissshhhh geram betul!...
Untuk pengetahuan semua, aku dayak bidayuh masuk Islam masa aku study....beberapa tahun kemudian baru aku kahwin dengan hubby aku yang mana cina muslim juga(family masuk Islam). Selama tujuh tahun aku memeluk agama Islam, aku sentiasa menjaga sembahyang, perlakuan aku dan menitik beratkan soal makanan. Ramai rakan2 aku atau saudara mara yang faham akan keadaan aku, kalau nak ajak outing for lunch akan mengajak aku makan di kedai muslim atau kalau ajak ke rumah pun mereka dah siap order catering lagi atau paling kurang beli makanan halal. Tak pernah aku di layan kawan2 seperti ini, kalau ada pun orang yang bersuara sumbang tu akan kena balik oleh aku, aku tak melaser derang, tapi aku jawab secara halus tapi tajam maksudnya. Itu sebab aku kata, kalau orang hormat aku akan hormat balik orang tu 1000x....jangan sesekali cuba memandang rendah atau memperlekehkan orang. Walaupun aku nih tak sealim wanita Islam lain, tapi aku tetap jaga sembahyang aku, penampilan aku, pergaulan aku sebagai orang Islam.
Setelah dua hari berlalu, aku yang sememang nya ala-ala cool nihh...buat biasa aja masa dia berborak ngan aku. Sebab kami tumpang van yang sama utk pergi dan balik kerja. Aku harap dia sedar akan diri dia dan belajar hormati orang....nampak sangat dia nak cover balik salah dia. Aku cakap relax lah...next time don't do it again!

4 comments:

Cat Cat said...

Hi Sweet Mama,
Thanks for visiting my blog.

Eh, Cath duk baca pun geram sangat... Ada ke amoi ni makan ba alif ba ya depan orang islam pulak? Tak senonoh langsung. Yelah, apa salah-nya kalau kita respect kat orang sikit, kan...

Sweet Mama, no need to geram sangat lah kat orang cam tu. Kalau dia dah mintak maaf, make sure lain kali jangan buat lagi. Kalau tidak, tak yah kawan sama dia.

sWeEt mAMa said...

Hi Cat,
welcome....

how to link ur blog ehh?..i really dont know, dah lah baru padai tulis blog ni..hehehehe

itulah, i tak kesah sangat dia tu..cuma kurang puas hati lah. dia bukan amoi tau, bangsa kenyah...i org srwk, kerja di kuching.

btw, terharu coz u concern pasal benda cam ni.

Cokelatrawkz said...

even tho i am non muslim, ramai my relatives yg convert and your fren, excuse me, sudah sampai tahap kurang ajar! i kalo kluar with my Muslim fren mmg hormat betul2, pi makan pun tmpat halal sebab hormat punya pasal. betul2 kasi malu kompeni daaaaa...

pat said...

kita mesti hormat org lain walaupun berlainan bangsa dan agama..baru lah aman dan damai :) hehehe